
"persahabatan adalah hak mutlak kita bersama" - cuna 17sept09
Assalamu'alaikum..
Ku coretkan kata-kata ikhlas dari hatiku pada hari ini dalam bahasa ibunda.
Hari ini perasaanku bercampur-baur antara sedih dan gembira. Sedih kerana aku bakal meninggalkan sahabat seperjuangan setelah hampir 2 tahun berkongsi perit-jerih bersama serta hilai dan tawa.Ketahuilah oleh kalian bahawa kamu semua telah manjadi pemangkin semangat selama aku berada di bumi perantauan ini mencari rezeki.
"saya sayang kamu semua! muah muah" - cuna 17sept09
Aku turut gembira kerana kejujuran telah membawa persahabatan ini sebegini jauh sehingga kita merasakan seolah-olah kita dilahirkan sebagai sebuah keluarga. Hari-hariku tidak pernah sunyi bersama kalian malah segala kenangan manis akan kusemat jauh dalam lubuk hatiku dan harapanku moga ia sentiasa segar mekar mewarnai jiwa dikala kita di kejauhan. Gembira juga hatiku kerana dapat kurasa kalian semua sayang padaku, insan kerdil yang tidak pernah lepas dari kekhilafan. Namun yang paling membuat hatiku girang dan berbunga riang adalah kerana hakikat bahawa aku bakal pulang kepangkuan ayah bonda tercinta di kampung halaman.

Kepada sahabatku sekalian, selamat hari raya maaf zahir & batin.
Terima kasih untuk hadiah-hadiah yang kalian sediakan khas buat pemergian saya.
Saya suka semuanya! :D
